DISEMBER 2023

Premier Sarawak Merasmikan Riverfront Dan Pejabat Daerah Selangau


SELANGAU, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg menghadiri Majlis Majlis Perasmian Tebingan Selangau dan Pejabat Daerah Selangau di sini pada Isnin.

Terdahulu, ketibaan Premier telah disambut meriah oleh rakyat Selangau sambil tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar bersama-sama beliau. 

Hadir sama Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Dr Annuar Rapaee, Pemangku Setiausaha Kerajaan Sarawak Datu Dr. Muhammad Abdullah Zaidel, Ahli Parlimen Selangau Edwin Banta dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Ir Christopher Gira Sambang serta yang lain.

Sumber dari : Sarawakku